Saturday 12 October 2019

Trip Murah Pulau Langkawi

Assalamualaikum.
So this is my second post. While reading back my first post, terlintas untuk bagitahu dunia pasal pakej perhentian murah dan berbaloi ke Pulau Langkawi.

Ed and friends went to Langkawi back in 2016 if i'm not mistaken. Kitorang pergi in group of 8. So there is one pakej yang kasi harga kaw2 RM99 per person which include:
🏨 Hotel for 3days 2nights
🚐 Kereta
🏝️ Island hoping

Untuk pakej ni korang boleh try google atau cari terus kat facebook Pakej Murah Langkawi RM99.

So basically journey dia macam ni. First kitorang naik feri dari jeti Kuala Perlis ke jeti Pulau Langkawi. Sampai kat jeti, contact person in charge (PIC) of that pakej, dia datang ambil dan hantar sampai tempat ambil kereta. Dah setel ambil kereta dengan dorang, kitorang cari hotel yang dorang sediakan tu pakai waze, sampai kat hotel, bagi details pakej dan kita dapat 2 bilik.

Setel untuk penginapan dan pengangkutan, next untuk island hoping, pic akan bagitau masa dan tempat. So kita just get ready attached dengan dorang masa tu je. Selain dari masa tu, kita boleh buat aktiviti sendiri. Kereta dah dapat, apa lagi, ronda-ronda la. Kami dulu pergi naik cable car, pastu masuk 3D art semua tu and i forgot buat apa je lagi. Haha. Tapi yang paling penting pergi Langkawi of course la sebab nak borong coklat kan. Sumpah bila masuk Haji Ismail Group (HIG) punya kedai tu, rasa macam dalam cerita charlie and the chocolate factory (hampir type charlie and choplin 😅). Berbakul-bakul isi coklat sampai dah nak bayar kat kaunter tu baru rasa macam over sangat, macam tak pernah jumpa coklat pulak kan. Haha. Tapi yang mana pernah pergi dan borong coklat tu paham la kot perasaan Ed. And dunia perlu tahu Ed beli coklat haritu habis dalam RM250 plus minus. A little bit regret tapi sebab beli nak berkongsi so takde la mnyesal sangat kan. And fyi, jangan risau dalam tu ada atm, so kalau rasa cash tak cukup, senang2 je boleh withdraw.

Oh ya, pasal island hoping tu, nanti kita akan naik bot by group, akan ada orang bawa kita around the islands yang ada dekat situ. Yang Ed ingat, kitorang ada singgah gua kelawar kot. Berhenti kat situ jap, masuk dalam gua yang busuk tu 😅. Lepas tu ada stop by pulau buaya ke apa entah nama dia sebab masa berhenti tu abang guider tu bagitau batu kat pulau tu bentuk dia macam buaya. And it is. Mostly pulau2 yang dia tunjuk tu nama pulau is based on apa yang people could see. Like pulau bunting ke apa entah, yang dari jauh bentuk dia macam orang tengah mengandung. Haa lebih kurang macam tu la. Then masa kitorang berhenti untuk Eagle feeding, guider je yang akan feed ayam ke burung helang yang terbang-terbang tu. So kita ada masa nak amik gambar eagle tu secara dekat time tu je la. Selebihnya boleh tengok dorang bertenggek kat atas pokok, terbang-terbang. And the best part guider akan stop kat satu pulau and bagi masa untuk kita mandi. Main air in that crystal clear water, fuhh best weh, main2 dengan ikan. So pastikan nak pergi island hoping kena bawa baju spare skali tau.

Sekian. Sedikit je entry kali ni. Tak tahu nak bagi detail apa lagi sebab dah ingat-ingat lupa pergi buat apa je kat Langkawi. But any inquiries boleh tanya Ed kat comments nanti Ed cuba bagi jawapan. And the next entry maybe Ed akan buat pasal trip kami ke Pulau Pangkor pulak.

Peace.

Ed Sassin 96.

No comments:

Post a Comment