Sunday 13 October 2019

Apps mudah food delivery

Assalamualaikum.
So for this entry Ed nak share experience guna apps pesanan makanan. Kalau perasan, kat Google Store banyak je kan apps2 food delivery ni, tapi apa yang Ed pernah cuba and still ada dalam phone Ed sekarang are foodpanda dan dahmakan. Except from that ada juga la fast food punya apps like McDonald, KFC dan Pizza Hut. Persamaan both apps ni ialah dua2 boleh set masa untuk makanan tu dihantar ke kita. Jadinya untuk kali ni Ed nak review sikit pengalaman menggunakan food delivery apps ni. Sebab Ed tahu, setiap kali orang nak guna apps mesti Google dulu tengok macam mana function dia, okay ke tak gunanya, mudah tak, boleh percaya ke tak. Haa gitu.

Okay so first let's talk about foodpanda. Yang ada logo panda warna pink tu. Foodpanda akan tunjuk kedai2 yang ada buat delivery sampai ke location kita je tau. Yang tak buat tu dia takkan tunjuk kat kita la. Tapi, menu setiap kedai akan bertambah dari pagi sampai malam. Maksud Ed, contoh kedai A ni pagi dia tunjuk menu ada nasi lemak, nasi ayam goreng sekian2, tapi bila petang dalam pukul 4 tu baru dia akan add menu goreng2 macam nasi goreng ayam, tomyam2, sup2 semua tu la. So menu memang depends on kedai tu la, bila dia nak buat goreng2, sebab ada je sesetengah kedai yang dari pagi dah boleh order nasi goreng.

Jadi, first sekali lepas download apps ni, kena setting la dulu location dia hantar kat mana, macam Ed letak terus no rumah, taman, negeri semua tu, bagi lengkap, nanti takde la setiap kali nak order baru nak bagi note kat rider kan. Lagi cepat dia detect rumah, lagi cepat dapat makanan kita, lagi cepat perut kenyang, haa gituh. Nombor telefon pun jangan lupa letak sebab nanti senang dia nak call kalau dia sesat ke tak jumpa rumah, atau dia dah sampai depan rumah tapi kita perasan. It's okay, boleh percaya punya pasal nombor telefon ni, setakat Ed pakai apps ni takde lagi la yang tiba2 call mengorat kan. Hmm. Hahaha. Okay done pasal setting.

Oh ya, kalau pasal payment, korang boleh set sekali nak buat cash, credit card atau online banking. Haa kan banyak option tuh. Tapi yang Ed sarankan is cash la. Sebab takut jadi apa2 kan, like order tak sampai ka, order sampai tapi tak cukup ka. Sebab apa yang Ed dan kawan2 dah pernah kena is, bila kita order ramai2, makan sampai, bayar full as stated kat bill, tapi bila buka bungkusan, ada yang missing. So tipsnya, masa dapat makanan tu, cek dulu semua ada ke tak, cek depan rider tu terus. Nanti boleh bayar ikut order yang dapat je. Dan ada kawan Ed punya haritu makanan dia sampai tapi tak cukup, masalahnya dia dah bayar full ke rider dan rider tu pun dah blah. Kita takkan tahu nombor telefon rider tu melainkan dia ada call kita sebelumnya. So tak boleh la dia nak contact rider tu kan. Jadi apa yang dia buat ialah dia contact Help Center. Tapi, dia just dapat voucher untuk off berapa berapa ringgit untuk next2 order. Tak dapat cash pun. So sila la cek betul2 makanan masa sampai.

And satu lagi pasal foodpanda ni, selalunya akan ada code untuk free delivery atau off berapa berapa ringgit. Yang Ed pernah guna dulu, code MAKANLAH, untuk free delivery. Pastu ada MALAYSIAKU, off RM6.30 from total order. Sekarang ada code OCTOBERFEAST, tapi untuk minimum order RM20 je and dia akan off RM6.20 from total order.

Okay, next pasal apps dahmakan pulak. Apps ni ada logo macam daun tu, warna hijau. Bezanya dahmakan ni dengan foodpanda, dia ada certain menu je. So kalau hari2 buka dahmakan, memang akan ada benda yang sama ja. Kadang2 kalau ada hari special dia add la something baru.

Yang bestnya apps food delivery ni, kita boleh set masa kita nak makanan tu di deliver ke kita. Boleh set hari dan masa tauu! Kalau nak makanan tu sampai esok, pukul 6 petang, haa boleh la set. Sebab kadang kalau Ed puasa, nak makanan tu sampai dekat2 pukul 7 so that makanan tu panas2 lagi, jadi dari pagi tu dah order dah makanannya. Bukan apa, sebab takut sold out. Dahmakan punya menu sedap2 selalu sold out tau, so be aware haha.

Dan dahmakan ni selalunya ada set. Macam sekarang dorang selalu collab dengan Tealive, Famos amos dan Starbucks. So set dorang selalunya yang sekali Tealive, Famos amos atau Starbucks akan lebih murah la. Contohnya, satu order untuk salted egg butter chicken harga dia RM14.90. Tapi bila combo dengan tealive, dapat RM18. Kira dapat dua benda dengan harga yang murah la. Dan selalunya combo ni akan varies by day la, contoh harini dorang buat combo dengan Starbucks, esok dengan Famos amos, tapi rasanya ada je yang haritu dua2 buat combo. So nak tahu lebih lanjut kena download la dulu dahmakan ye.

Pasal payment, boleh buat either cash on delivery, credit card, paypal atau online banking. Of course la Ed sarankan cash tapi setakat ni takde dengar lagi kawan2 merungut pasal order tak sampai, so mungkin selamat la kot kalau korang jenis yang suka cashless, so boleh la nak pakai yang online pun. Tapi! Satu hal pasal dahmakan ni, minimum order dia RM18. Beza dengan foodpanda, min order dia RM5. So means kalau kita order satu salted egg butter chicken harga Rm14.90, dia akan cas lagi RM3.10 untuk cukupkan min order. Tu tak tambah lagi dengan delivery fee. Haa gitu la. Melainkan kalau beli yang combo memang for sure sampai RM18. So kalau korang nak beli yang non-combo punya, set la dengan member2 jiran2, nanti cukup punya la min order tu.

And, one more thing pasal dahmakan ni, best for first timer user, korang boleh try pakai Ed punya code ED5555J7M. Nanti korang akan dapat a total of RM40 off to try dahmakan. RM40 guys!! Tapi dia boleh apply off RM10 x 4 kali order la. Tu yang jadi total RM40. Takpe, kalau tak faham boleh try download app dahmakan and use dulu code ni. Sape2 yang first time user je tau. Selamat mencuba!

Peace.

Ed Sassin 96.

No comments:

Post a Comment