Friday 18 October 2019

Kerana Allah Maha Mendengar

Assalamualaikum.
I'm not sure how to do the intro dah sebab takkan asyik nak kira ni post ke berapa berapa kan. Haha. Just hoping that korang yang baca post ni dalam keadaan sihat wal-afiat, diberi keberkatan dalam setiap apa yang dilakukan dan dipermudahkan urusan. Amiin.

Anyway, this entry I'll be talking about Allah itu Maha Mendengar. Sebenarnya kalau ikutkan, luas erti Maha Mendengar ni, like kalau kita tak zahirkan dalam bentuk verbal pun, just terlintas dekat hati, tapi Allah dengar apa yang kita nak. Sama juga dengan geng makcik bawang yang mengumpat 24/7, orang yang diumpat tak dengar tapi Allah does. But, apa yang Ed akan kaitkan dengan title entry kalini ialah bilamana kita mengadu, atau minta pertolongan dengan Allah, Allah akan tolong.

Okay, so this one story of mine bila Ed kerja as a teacher kat sebuah taska kat KL. Taska ni yang jaga budak2 0-4 years je tau, bukan tadika. So time tu Ed diamanahkan untuk jaga babies. Sorang umur 10months and the other one 5months. Kat taska, kitorang akan gilir2 take turn antara cikgu kalau nak pergi solat. For me, kalau sorang yang 10months tu tidur waktu nak solat, Ed akan bawa yang 5months tu sekali untuk solat, letak dia kat sebelah masa solat. Sebab malas nak susahkan cikgu lain sebab dorang pun ada anak2 yang perlu dijaga jugak kan. Lagipun dia belum boleh merangkak, so okaylah, dari yang 11months tu satgi lepas solat dah tak tau kat mana, takut juga dia main2 benda kat belakang kan. So ceritanya yang 5months ni kadang dia nangis kalau letak kat bawah, jenis yang nak berdukung ja. Aduh payah sungguh.

So apa yang nak dikaitkan kat sini is, sebelum angkat takbir nak solat, Ed akan minta tolong kat Allah sungguh2. "Ya Allah, jagakan dia kejap", ataupun "Ya Allah, hantarkan malaikat untuk jagakan dia kejap". Bukan apa, sebab waktu solat masa kerja is zohor and asar. Dua2 empat rakaat. 4 rakaat tu bukan kejap kan. Kalau dia nangis dari Ed mula solat sampai habis, kesian la kat dia. That's why Ed minta tolong Tuhan jagakan dia kejap, so that kalau dia nangis pun kejap2 jadilah. Kalau dia elok ja tak nangis, Ed pun boleh khusyuk. Tapi, suka Ed ingatkan syarat nak minta tolong dengan Tuhan, kita kena YAKIN. Yes, yakin bahawa Allah Maha Mendengar. It's called KEBERGANTUNGAN kita to Him. And what I get from bergantung pada Allah yang Allah akan tolong jagakan baby tu kejap, angkat je takbir, diabterus diam. Takde la dia diam terus sepanjang 4 rakaat Ed solat tu, ada je dia nangis kejap2, tapi Ed bersyukur la. Sebab kalau kat bilik babies, Ed letak dia kat bawah masa nak mandikan yang 11months tu, sepanjang Ed kat toilet tu la dia nangis. Haa so I'm really greatfull la ada yang tolong jaga masa Ed solat kan.

And the next story is juga berkait dengan KEBERGANTUNGAN kita pada Allah. Masa nak seat untuk SPM dulu, ustaz pesan, niat betul-betul masa masuk exam hall, kalau tak boleh jawab, nak minta tolong dengan Allah, bukan dengan makhluk either pengawas peperiksaan atau kawan sebelah depan belakang. Yang ni sumpah gais, kalau dari awal kita dah set "eh japgi kalau tak tahu nak jawab aku nak angkat tangan tanya pengawas la", atau "eh japgi kalau tak tahu nak jawab nak tanya si fulan kat sebelah la", nescaya susah untuk kita minta tolong dengan Tuhan. Sebab dari awal kita tak bergantung dengan Dia. So makes sure in every practical things kita nak buat, niat betul2 lillah. Apa-apa jadi nanti aku nak minta tolong dengan Allah. Set.

So sebelum Ed sudahi entry kalini dengan peace, suka Ed highlightkan balik apa yang Ed dok merapu kat atas tu.
1. Allah itu Maha Mendengar. Hatta lintasan hati.
2. Kebergantungan kita pada Allah. Bukan pada makhluk.
3. Innamal a'maalu binniyat. Setiap amalan itu bermula dari niat. Lillah!.

Peace.

Ed Sassin 96.

Tuesday 15 October 2019

Trip Murah Pulau Pangkor

Assalamualaikum.
So I'm back with another post and as promised Ed akan cerita pasal trip murah ke Pulau Pangkor. We went back in January 2018. Untuk kitorang punya trip kalini, korang boleh search kat FB, Pangkor Gateway Enterprise atau tekan je link https://www.facebook.com/Pangkor-Getaway-Enterprise-257535377752598/. Ada banyak lagi pakej yang pada Ed berbaloi la. Boleh try check it out 😉.

So trip yang kitorang ambil tu per person hanya RM85!! Can you guys imagine what we got from only RM85 for 3days and 2nights??

🏠 Rumah 2 tingkat.
🚐 Kereta
🏊‍♀️ Snorkeling

So that rumah includes dapur where you can use anything yang ada kat situ. Contoh kalau ada beras, telur semua tu boleh dipakai. Harga? No cas. Bravo! And also equipped with TV where the last night kitorang cucuk pendrive tengok movie sesama. And also equipped with aircond. Nyaman 😊. Pasal kereta pulak kami dapat kereta wira if i'm not mistaken. Packed 6 orang tapi okay je sebab bukan dok dalam kereta lelama pun kan. Untuk ke satu satu location je. Anyway, yang pergi trip takde include pengangkutan, jangan risau, sampai je kat jeti tu, korang akan jumpa van-van pink yang banyak kat luar jeti. And part snorkeling tu besssttt sangat. Kat Pulau Pangkor tak banyak coral sangat tapi okay la snorkeling in crystal clear water, berenang dengan ikan. So my tips, beli la waterproof bag tu untuk letak phone. Nanti dapat capture video/gambar ikan soo dekat dengan kita tau. Best best best. Waterproof bag tu mana2 pun boleh beli. Ed haritu beli kat DIY ja, dalam RM6 plus minus. Waktu snorkeling sahaja masa yang kita attached dengan pic pakej, so pastikan masa tu kita takde buat aktiviti lain la.

And another thing pasal Pulau Pangkor, tempat dia nice nice je. Tapi takde tempat menarik sangat. Ed lupa lagi la kami pergi mana je. Sorryy. Yang Ed ingat, kitorang pergi Kota Belanda / Dutch Fort untuk ambil gambar. Selain tu kami pergi jalan-jalan cari makan, ambil gambar kat pantai, pastu tunggu masa untuk snorkeling je la. Malam last lepas snorkeling tu confirm dok kat rumah ja sebab penat berenang haha. Untuk lain-lain tempat menarik kat Pulau Pangkor boleh google sendiri ya. Kalau nak pergi trip murah, Ed sarankan pakai trip ni tapi untuk aktiviti selain snorkeling tu korang pandai-pandai la ya. Oh ya, dulu kami ada pergi town dia yang jual macam2 makanan Perak okay la ada jugak bawak balik keropok2 ikan yang sedap2 kriuk2 tu haa.

Okay, so done talk about trip to Pulau Pangkor. Maaf xde cakap banyak detail pun, cumanya just nak bagitau, kalau rasa nak snorkeling tapi tahap murah, boleh la pilih pakej ni. Sangat berbaloi. Compared to harga snorkeling kat Langkawi or Pulau Perhentian, memang sangat murah la. Lagipun, kalau nak pergi Pulau Pangkor, anytime boleh sebab dia terlindung dari angin monsun. Kalau nak pergi Perhentian, start bulan 10 pulau dah tutup. Jadi susah nak cari tarikh. Hahaha tercompare pulak. Doakan Ed sampai ke Pulau Perhentian pulak so boleh let Dunia tahu pasal keadaan ke sana pulak. Yehett. And sorry for the post yang hambar tanpa gambar. Gambar2 banyak tapi sebab Ed post pakai phone je, malas nak geledah laptop. Tapi kalau ada yang request Ed boleh consider untuk share. So let me know in the comments.

Peace.

Ed Sassin 96.

Sunday 13 October 2019

Pengalaman menggunakan Socar

Assalamualaikum.
So this time punya entry Ed terdetik untuk share pasal pengalaman guna Socar. Socar ni ada kat lembah Klang dengan Penang ja tau. So ceritanya, awal November baru-baru ni kami nak buat day trip jalan2 KL tapi kami bertujuh semua takdak kereta. Haha. Jadi kami cari punya cari kereta sewa area Bukit Jalil ni semua tak available. Kalau belah2 Univeristi kat Bangi, Nilai tu banyak la. So, search punya search, rasa nak click dekat socar punya website. Dah click tapi tak tau apa benda la socar ni. Jadi, Ed Google la experience orang yang dah pernah pakai Socar ni.

Dah paham betul2 macam mana Socar functions, barulah Ed download kat Google Store. So dia senang je, masa nak start pakai apps tu, dia minta kita verify email, nombor telefon, nama sekian2. And dia ada juga minta kita upload gambar kita dengan lesen. Mula2 Ed ragu2 nak upload tapi sebab dah banyak review dekat blog2 dan dorang takde la pula cerita pasal gambar tu. So nak taknak memang kena upload sebab selagi kita tak upload, kita tak boleh book kereta. Nanti part Book Now kat apps tu tak keluar warna biru, means tak boleh guna lagi. Jadi nanti sape2 yang baru nak guna apps tu, upload je la gambar korang dengan lesen ya.

Dah settle part setting. Now kat apps tu nanti dia keluar ada maps tunjuk zone-zone socar. Kat atas tu kita boleh set nak book dari pukul berapa sampai pukul berapa. Socar ni boleh disewa by hours, days, or weeks. Haa nice kan! Lepastu boleh set nak kereta apa. Macam Ed haritu sebab pergi bertujuh so kena cari MPV la. Ed tak set pun kereta apa nak, just set all types of car sebab tahu MPV takkan banyak choices. So dah set masa, set kereta, nanti maps akan tunjuk zone mana je yang ada kereta available. Macam kitorang haritu, kena ambil kereta Toyota Rush kat parking lot Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Dah setel pilih kereta dan zone, then klik la Book Now tu. Nanti dia tunjuk bill berapa total kena bayar. Selalunya kalau yang first timer dia akan off RM50. Macam Ed haritu book dari pukul 11pagi sampai 10 malam (11jam), total sebenar RM158 kalau x silap, plus minus la, tu pun lepas dia off RM50 untuk first timer. Lepastu korang boleh pergi kat my promotion, download voucher yang sesuai dengan masa booking korang. Ada yang valid untuk 48hours keatas punya booking, ada yang valid untuk 24hours punya booking sekian2. Macam kami haritu pakai Friends Referral code where one of us si A ni invite one of us juga, si B untuk download apps socar. So kalau guna friend referral tu dapat off berapa berapa percents off your total bill. Kami dapat RM40 plus minus off masa tu. So total akhir bill kami RM114. So nanti divide 7, berapa hengget je sorang. Easy.

Pasal payment, korang ada 2 choices je, either nak bayar by credit card atau Grabpay. Okay, part ni mula2 Ed dah decide nak guna credit card ja, tapi tak boleh jalan, tak tau silap kat mana. Tapi lepas haritu, Ed ada tengok FAQ kat Socar, katanya kita kena call bank tu dulu untuk activate something, I'm not sure. Korang boleh go visit Socar punya website. Tapi Ed nak senang pakai Grabpay je la. So apa yang Ed buat ialah Ed topup Grabpay dulu. Tahu kan macam mana nak topup Grabpay? Macam Ed pakai Bank Islam. Masuk Grab punya apps 👉tekan wallet👉 topup with Bank Islam👉 login online banking👉 put amount kita nak topup, macam Ed topup RM120. Then done topup Grabpay. Kay, now Grabpay dah ada RM120. Nak bayar Socar, korang boleh choose payment. Set pay with Grabpay, then tekan continue, terus dia tarik RM114 dari wallet Grab Ed, and the booking is successful! Walla!

Okay, so hari kejadian nak pergi amik kereta, nanti kat apps tu kita boleh tengok location kereta tu park kat mana. So senang je la jumpa, like dia kat level berapa, pillars berapa sekian2. And sebelum on kereta, kena amik gambar dulu. Kena upload sekurang2nya 4 gambar which is depan, belakang, tepi kanan tepi kiri kereta. Lepastu boleh bagitahu terus condition kereta sebelum kita naik, ada scratch ke tak, dirty ke tak sekian2. Yang ni xpe, memang apps tu akan guide korang nak kena buat apa satu persatu. Kalau dah ada kat tempat kejadian baru paham.

Dah settle part amik gambar, dah boleh unlock kereta. Tekan je butang unlock kat phone tu. Sebab Socar ni pakai keyless punya system. Kalau korang pergi tempat takde line, jangan risau, boleh on Bluetooth. And the next part ni funny sikit. Haha. Kami tak tahu macam mana nak start kereta tu. Sampai youtube how to start Toyota Rush. Adoii. So nanti korang jangan noob macam Ed and friends tau. Meh nak bagitau. So what you have to do is, tekan break jangan lepas and tekan start button kat kereta tu sampai bunyi enjin. Tadaa!! Dah boleh gerak. Nanti kalau dah sampai destinasi, nak off pun kena tekan break and tekan stop button kat kereta ya. Jangan cari on off button kat phone, tak jumpa haha.

Last sekali untuk hantar balik kereta, korang kena pastikan minyak at least 50% ada masa korang hantar. Yang ni sebenarnya Ed pun tak sure, tapi most blogs tulis macam ni la. Kat website Socar ada kot. Tapi for better kami isi je sampai 50%, lagipun minyak boleh claim kan. No hal! And, kalau korang rasa tak sempat park kereta sebelum masa korang sepatutnya hantar, sila tekan extend booking kat phone apps tu. Kalau tak nanti kena penalty RM30 for the first hour and berapa ringgit entah for the next hour. Tapi kan, macam haritu la, kami sepatutnya hantar sebelum pukul 11malam. Tapi sebab sesat, so dah otw tu kami extand 10minit for RM2.82. Kalu extend 30minit, RM11 something i guess. Kami ingat sempat la sampai dalam masa kami extend tu. Tup2 11.20 baru kami park kereta. Pukul 11.10 tu ting ting masuk notification kena penalty RM30 for the first hour. And lepas dah park kereta kat tempat kita ambil tu, jangan lupa lock kereta dulu tau sebelum blah. Macam kami haritu dah masuk lift kat TBS lepastu apps tu kata sila lock kereta hahahaha terpaksa la naik semula tingkat 6, lock kereta and blah.

One more thing yang bestnya Socar ni, korang boleh isi minyak pakai kad fuel dorang ada letak kat sun visor kereta. Sebab total sewaan kereta tu memang dah include harga minyak tau. Tapi macam kami haritu, cari punya cari, tak jumpa pun fuel card tu, tapi kat apps ada butang fuel reimbursement. So kami yakin boleh claim balik. What happens that day is, dah isi minyak tu kami minta resit kat kaunter, lepas tu amik gambar resit tu kat sebelah roadtax kereta. Nanti boleh upload bila klik butang fuel reimbursement tu. In few days, ting ting masuk notification dapat balik RM30 kami pi isi minyak haritu. Nice kan?

Okay lah, so sebelum Ed sudahi entry kalini dengan peace, suka Ed highlightkan apa yang Ed dok merapu kat atas tu.

1. Download apps.
2. Setting. Put all details. Upload lesen.
3. Set masa, set zone, set kereta.
4. Tekan book now.
5. Choose payment with credit card or Grabpay.
6. Use promo. Kalau tak jumpa cari kat my promotion.
7. Continue.

Settel book.

1. Upload gambar sisi kanan kiri, depan dan belakang.
2. Unlock kereta.
3. On kereta. Tekan break jangan lepas and tekan button on.
4. Gerak.
5. Isi minyak pakai fuel card atau guna fuel reimbursement (jangan lupa resit).
6. Sampai destination, off kereta.

Settle pakai.

1. Park balik kereta ditempat ambil.
2. Upload gambar sisi kanan kiri, depan belakang. Selepas guna.
3. Lock kereta. (jangan lupa)

Peace.

Ed Sassin 96.

Apps mudah food delivery

Assalamualaikum.
So for this entry Ed nak share experience guna apps pesanan makanan. Kalau perasan, kat Google Store banyak je kan apps2 food delivery ni, tapi apa yang Ed pernah cuba and still ada dalam phone Ed sekarang are foodpanda dan dahmakan. Except from that ada juga la fast food punya apps like McDonald, KFC dan Pizza Hut. Persamaan both apps ni ialah dua2 boleh set masa untuk makanan tu dihantar ke kita. Jadinya untuk kali ni Ed nak review sikit pengalaman menggunakan food delivery apps ni. Sebab Ed tahu, setiap kali orang nak guna apps mesti Google dulu tengok macam mana function dia, okay ke tak gunanya, mudah tak, boleh percaya ke tak. Haa gitu.

Okay so first let's talk about foodpanda. Yang ada logo panda warna pink tu. Foodpanda akan tunjuk kedai2 yang ada buat delivery sampai ke location kita je tau. Yang tak buat tu dia takkan tunjuk kat kita la. Tapi, menu setiap kedai akan bertambah dari pagi sampai malam. Maksud Ed, contoh kedai A ni pagi dia tunjuk menu ada nasi lemak, nasi ayam goreng sekian2, tapi bila petang dalam pukul 4 tu baru dia akan add menu goreng2 macam nasi goreng ayam, tomyam2, sup2 semua tu la. So menu memang depends on kedai tu la, bila dia nak buat goreng2, sebab ada je sesetengah kedai yang dari pagi dah boleh order nasi goreng.

Jadi, first sekali lepas download apps ni, kena setting la dulu location dia hantar kat mana, macam Ed letak terus no rumah, taman, negeri semua tu, bagi lengkap, nanti takde la setiap kali nak order baru nak bagi note kat rider kan. Lagi cepat dia detect rumah, lagi cepat dapat makanan kita, lagi cepat perut kenyang, haa gituh. Nombor telefon pun jangan lupa letak sebab nanti senang dia nak call kalau dia sesat ke tak jumpa rumah, atau dia dah sampai depan rumah tapi kita perasan. It's okay, boleh percaya punya pasal nombor telefon ni, setakat Ed pakai apps ni takde lagi la yang tiba2 call mengorat kan. Hmm. Hahaha. Okay done pasal setting.

Oh ya, kalau pasal payment, korang boleh set sekali nak buat cash, credit card atau online banking. Haa kan banyak option tuh. Tapi yang Ed sarankan is cash la. Sebab takut jadi apa2 kan, like order tak sampai ka, order sampai tapi tak cukup ka. Sebab apa yang Ed dan kawan2 dah pernah kena is, bila kita order ramai2, makan sampai, bayar full as stated kat bill, tapi bila buka bungkusan, ada yang missing. So tipsnya, masa dapat makanan tu, cek dulu semua ada ke tak, cek depan rider tu terus. Nanti boleh bayar ikut order yang dapat je. Dan ada kawan Ed punya haritu makanan dia sampai tapi tak cukup, masalahnya dia dah bayar full ke rider dan rider tu pun dah blah. Kita takkan tahu nombor telefon rider tu melainkan dia ada call kita sebelumnya. So tak boleh la dia nak contact rider tu kan. Jadi apa yang dia buat ialah dia contact Help Center. Tapi, dia just dapat voucher untuk off berapa berapa ringgit untuk next2 order. Tak dapat cash pun. So sila la cek betul2 makanan masa sampai.

And satu lagi pasal foodpanda ni, selalunya akan ada code untuk free delivery atau off berapa berapa ringgit. Yang Ed pernah guna dulu, code MAKANLAH, untuk free delivery. Pastu ada MALAYSIAKU, off RM6.30 from total order. Sekarang ada code OCTOBERFEAST, tapi untuk minimum order RM20 je and dia akan off RM6.20 from total order.

Okay, next pasal apps dahmakan pulak. Apps ni ada logo macam daun tu, warna hijau. Bezanya dahmakan ni dengan foodpanda, dia ada certain menu je. So kalau hari2 buka dahmakan, memang akan ada benda yang sama ja. Kadang2 kalau ada hari special dia add la something baru.

Yang bestnya apps food delivery ni, kita boleh set masa kita nak makanan tu di deliver ke kita. Boleh set hari dan masa tauu! Kalau nak makanan tu sampai esok, pukul 6 petang, haa boleh la set. Sebab kadang kalau Ed puasa, nak makanan tu sampai dekat2 pukul 7 so that makanan tu panas2 lagi, jadi dari pagi tu dah order dah makanannya. Bukan apa, sebab takut sold out. Dahmakan punya menu sedap2 selalu sold out tau, so be aware haha.

Dan dahmakan ni selalunya ada set. Macam sekarang dorang selalu collab dengan Tealive, Famos amos dan Starbucks. So set dorang selalunya yang sekali Tealive, Famos amos atau Starbucks akan lebih murah la. Contohnya, satu order untuk salted egg butter chicken harga dia RM14.90. Tapi bila combo dengan tealive, dapat RM18. Kira dapat dua benda dengan harga yang murah la. Dan selalunya combo ni akan varies by day la, contoh harini dorang buat combo dengan Starbucks, esok dengan Famos amos, tapi rasanya ada je yang haritu dua2 buat combo. So nak tahu lebih lanjut kena download la dulu dahmakan ye.

Pasal payment, boleh buat either cash on delivery, credit card, paypal atau online banking. Of course la Ed sarankan cash tapi setakat ni takde dengar lagi kawan2 merungut pasal order tak sampai, so mungkin selamat la kot kalau korang jenis yang suka cashless, so boleh la nak pakai yang online pun. Tapi! Satu hal pasal dahmakan ni, minimum order dia RM18. Beza dengan foodpanda, min order dia RM5. So means kalau kita order satu salted egg butter chicken harga Rm14.90, dia akan cas lagi RM3.10 untuk cukupkan min order. Tu tak tambah lagi dengan delivery fee. Haa gitu la. Melainkan kalau beli yang combo memang for sure sampai RM18. So kalau korang nak beli yang non-combo punya, set la dengan member2 jiran2, nanti cukup punya la min order tu.

And, one more thing pasal dahmakan ni, best for first timer user, korang boleh try pakai Ed punya code ED5555J7M. Nanti korang akan dapat a total of RM40 off to try dahmakan. RM40 guys!! Tapi dia boleh apply off RM10 x 4 kali order la. Tu yang jadi total RM40. Takpe, kalau tak faham boleh try download app dahmakan and use dulu code ni. Sape2 yang first time user je tau. Selamat mencuba!

Peace.

Ed Sassin 96.

Saturday 12 October 2019

Trip Murah Pulau Langkawi

Assalamualaikum.
So this is my second post. While reading back my first post, terlintas untuk bagitahu dunia pasal pakej perhentian murah dan berbaloi ke Pulau Langkawi.

Ed and friends went to Langkawi back in 2016 if i'm not mistaken. Kitorang pergi in group of 8. So there is one pakej yang kasi harga kaw2 RM99 per person which include:
🏨 Hotel for 3days 2nights
🚐 Kereta
🏝️ Island hoping

Untuk pakej ni korang boleh try google atau cari terus kat facebook Pakej Murah Langkawi RM99.

So basically journey dia macam ni. First kitorang naik feri dari jeti Kuala Perlis ke jeti Pulau Langkawi. Sampai kat jeti, contact person in charge (PIC) of that pakej, dia datang ambil dan hantar sampai tempat ambil kereta. Dah setel ambil kereta dengan dorang, kitorang cari hotel yang dorang sediakan tu pakai waze, sampai kat hotel, bagi details pakej dan kita dapat 2 bilik.

Setel untuk penginapan dan pengangkutan, next untuk island hoping, pic akan bagitau masa dan tempat. So kita just get ready attached dengan dorang masa tu je. Selain dari masa tu, kita boleh buat aktiviti sendiri. Kereta dah dapat, apa lagi, ronda-ronda la. Kami dulu pergi naik cable car, pastu masuk 3D art semua tu and i forgot buat apa je lagi. Haha. Tapi yang paling penting pergi Langkawi of course la sebab nak borong coklat kan. Sumpah bila masuk Haji Ismail Group (HIG) punya kedai tu, rasa macam dalam cerita charlie and the chocolate factory (hampir type charlie and choplin 😅). Berbakul-bakul isi coklat sampai dah nak bayar kat kaunter tu baru rasa macam over sangat, macam tak pernah jumpa coklat pulak kan. Haha. Tapi yang mana pernah pergi dan borong coklat tu paham la kot perasaan Ed. And dunia perlu tahu Ed beli coklat haritu habis dalam RM250 plus minus. A little bit regret tapi sebab beli nak berkongsi so takde la mnyesal sangat kan. And fyi, jangan risau dalam tu ada atm, so kalau rasa cash tak cukup, senang2 je boleh withdraw.

Oh ya, pasal island hoping tu, nanti kita akan naik bot by group, akan ada orang bawa kita around the islands yang ada dekat situ. Yang Ed ingat, kitorang ada singgah gua kelawar kot. Berhenti kat situ jap, masuk dalam gua yang busuk tu 😅. Lepas tu ada stop by pulau buaya ke apa entah nama dia sebab masa berhenti tu abang guider tu bagitau batu kat pulau tu bentuk dia macam buaya. And it is. Mostly pulau2 yang dia tunjuk tu nama pulau is based on apa yang people could see. Like pulau bunting ke apa entah, yang dari jauh bentuk dia macam orang tengah mengandung. Haa lebih kurang macam tu la. Then masa kitorang berhenti untuk Eagle feeding, guider je yang akan feed ayam ke burung helang yang terbang-terbang tu. So kita ada masa nak amik gambar eagle tu secara dekat time tu je la. Selebihnya boleh tengok dorang bertenggek kat atas pokok, terbang-terbang. And the best part guider akan stop kat satu pulau and bagi masa untuk kita mandi. Main air in that crystal clear water, fuhh best weh, main2 dengan ikan. So pastikan nak pergi island hoping kena bawa baju spare skali tau.

Sekian. Sedikit je entry kali ni. Tak tahu nak bagi detail apa lagi sebab dah ingat-ingat lupa pergi buat apa je kat Langkawi. But any inquiries boleh tanya Ed kat comments nanti Ed cuba bagi jawapan. And the next entry maybe Ed akan buat pasal trip kami ke Pulau Pangkor pulak.

Peace.

Ed Sassin 96.

Friday 11 October 2019

Kerana Allah masih sayang.

بسم الله الرحمان الرحيم.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum semua. 🙋‍♀️
This is my very first post. Sesuai dengan title blog, Ed nak cerita pasal pengalaman rasa Allah itu Maha Penyayang. Of course banyak lagi situasi2 lain tapi for this entry Ed nak kongsi 2 pengalaman yang Ed rasa akan ingat sampai mati. So keep it up with me and baca post ni sampai habis tau. Yang mana rasa ada experience benda yang sama boleh comment. Share the Love tak salah pun kan 🙆‍♀️

So, the first experience is masa Ed tengah belajar kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Okay before that, Ed nak bagitahu sikit background education Ed dari sekolah agama, so sepanjang form 1 until form 5, Ed duduk dalam biah (suasana) muslimin - muslimin, muslimat -  muslimat. Jadi, masa first time keluar dari zone selesa tu ke KMNS, Ed jadi culture shock, tak tahu macam mana nak talk face to face dengan lelaki, kalau sembang nak pandang mana?? Mata? Hidung? Lantai? Haa lebih kurang macam tu laa. And mostly sahabat2 Ed semuanya stay kat sekolah for one more year after SPM untuk seat for Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Ed and a few more friend je yang keluar ada yang pergi matrik, ada yang pergi asasi, ada yang pergi Darul Quran, ada yang pergi terus ke Mesir and so on.

I have never thought yang kehidupan luar macam ni kan, so under the culture shock, dari yang biasa pakai tudung bulat tu je, Ed slowly belajar pakai shawl which is makin hari makin pendek. Diri rasa bersalah tapi sebab rasa tak nak jafi lain dari orang lain. Padahal ada je yang pakai tudung bulat kat sana. Entah la, mungkin sebab jiwa remaja masa tu nak rasa sesuatu kelainan kot. I donno. 🙃

Antara a few yang keluar sekolah tu lepas SPM, Ed ada seorang kawan sekelas yang also study kat KMNS. And fortunately dia dapat kawan yang also pakai tudung bulat kat sana. So you know sendiri la how they dress. Dan Ditakdirkan Tuhan, masa kami jumpa dekat padang KMNS, dia tegur. Dia tegur dengan teguran yang langsung tak pedas, just direct and terkena kat hati Ed. She said "ED, NAMPAK LAIN LA SEKARANG". Hanya dengan sepatah teguran, Ed rasa lain, rasa nak nangis. Alhamdulillah Allah jentik hati. And that time Allah bagi teguran direct melalui seorang sahabat dan Ed rasa bersyukur Allah masih mahu tegur. Kalau Allah biarkan Ed terus hanyut dengan peredaran zaman, trend dsb sekarang ni Ed tak tahu seorang Ed ni dekat mana sekarang. Alhamdulillah.

The second story is about when my friends and me went to a 3days 2night kat Pulau Langkawi. Tak ingat hari ke berapa tapi on that day kami mandi pantai, masa tu petang, dah lepas asar. Ed memang sejenis takkan lepas stokin kalau mandi kat public pun, tapi haritu just pakai stokin yang ankle punya level je sebab nak basahkan, so yang kecik sudahlah, pemikiran Ed masa tu la. Kayuh punya kayuh, stokin sebelah kaki tercabut dan hilang. Pantai kat Langkawi hampa tahu sendiri la warna apa, memang terus tak jumpa stokin tu. So kami decide naik dekat2 maghrib sebab nak naik masa orang dah kurang sikit. Unfortunately, masa maghrib tu la lagi ramai datang sebab kononnya nak tengok sunset. Disebabkan Ed pergi in group, so decision kena ikut majoriti, dah nak gelap tubkami naik ke atas, cari toilet yang agak jauh dari pantai. Takde la jauh sangat, tapi em jauh la jugak. So jalan-jalan masa tu, semua dah kedepan, tinggal Ed dengan kawan sorang ni nama dia Nina. Ed ajak dia jalan slow2 sebab Ed nak jalan sambil tutup kaki yang takde stokin tu.

Nak dijadikan cerita lagi, otw ke toilet tu, Allah takdirkan pula terserempak dengan a group of boys around our age la kot, not sure, and dekat belakang sekali ada sorang pakai jubah putih. Ni sumpah Ed tak tipu, betul-betul dia pakai jubah putih, mungkin dorang nak pergi solat maghrib la kot. Lepas je geng dia lalu sebelah Ed dengan Nina, si jubah putih tu tegur. "HAA, TAK TUTUP AURAT". Zapp!! Ya Allah,, aku hari-hari pakai stokin keluar tapi satu keadaan dimana aku terpaksa jalan kaki ke toilet tanpa stokin yang aku sendiri tidak berniat untuk buang puunn, Allah dengan sayangnya still tegur for a better me. Alhamdulillah again.

So that's it. Sedikit perkongsian tentang experience ditegur tuhan melalui manusia. Sebenarnya Allah banyak kali tegur kita dalam pelbagai cara, melalui pelbagai bentuk, samada kita sedar atau tak.
Kerana Allah masih sayang.
Kerana Allah Maha penyayang.

Ed Sassin 96.