Friday 18 October 2019

Kerana Allah Maha Mendengar

Assalamualaikum.
I'm not sure how to do the intro dah sebab takkan asyik nak kira ni post ke berapa berapa kan. Haha. Just hoping that korang yang baca post ni dalam keadaan sihat wal-afiat, diberi keberkatan dalam setiap apa yang dilakukan dan dipermudahkan urusan. Amiin.

Anyway, this entry I'll be talking about Allah itu Maha Mendengar. Sebenarnya kalau ikutkan, luas erti Maha Mendengar ni, like kalau kita tak zahirkan dalam bentuk verbal pun, just terlintas dekat hati, tapi Allah dengar apa yang kita nak. Sama juga dengan geng makcik bawang yang mengumpat 24/7, orang yang diumpat tak dengar tapi Allah does. But, apa yang Ed akan kaitkan dengan title entry kalini ialah bilamana kita mengadu, atau minta pertolongan dengan Allah, Allah akan tolong.

Okay, so this one story of mine bila Ed kerja as a teacher kat sebuah taska kat KL. Taska ni yang jaga budak2 0-4 years je tau, bukan tadika. So time tu Ed diamanahkan untuk jaga babies. Sorang umur 10months and the other one 5months. Kat taska, kitorang akan gilir2 take turn antara cikgu kalau nak pergi solat. For me, kalau sorang yang 10months tu tidur waktu nak solat, Ed akan bawa yang 5months tu sekali untuk solat, letak dia kat sebelah masa solat. Sebab malas nak susahkan cikgu lain sebab dorang pun ada anak2 yang perlu dijaga jugak kan. Lagipun dia belum boleh merangkak, so okaylah, dari yang 11months tu satgi lepas solat dah tak tau kat mana, takut juga dia main2 benda kat belakang kan. So ceritanya yang 5months ni kadang dia nangis kalau letak kat bawah, jenis yang nak berdukung ja. Aduh payah sungguh.

So apa yang nak dikaitkan kat sini is, sebelum angkat takbir nak solat, Ed akan minta tolong kat Allah sungguh2. "Ya Allah, jagakan dia kejap", ataupun "Ya Allah, hantarkan malaikat untuk jagakan dia kejap". Bukan apa, sebab waktu solat masa kerja is zohor and asar. Dua2 empat rakaat. 4 rakaat tu bukan kejap kan. Kalau dia nangis dari Ed mula solat sampai habis, kesian la kat dia. That's why Ed minta tolong Tuhan jagakan dia kejap, so that kalau dia nangis pun kejap2 jadilah. Kalau dia elok ja tak nangis, Ed pun boleh khusyuk. Tapi, suka Ed ingatkan syarat nak minta tolong dengan Tuhan, kita kena YAKIN. Yes, yakin bahawa Allah Maha Mendengar. It's called KEBERGANTUNGAN kita to Him. And what I get from bergantung pada Allah yang Allah akan tolong jagakan baby tu kejap, angkat je takbir, diabterus diam. Takde la dia diam terus sepanjang 4 rakaat Ed solat tu, ada je dia nangis kejap2, tapi Ed bersyukur la. Sebab kalau kat bilik babies, Ed letak dia kat bawah masa nak mandikan yang 11months tu, sepanjang Ed kat toilet tu la dia nangis. Haa so I'm really greatfull la ada yang tolong jaga masa Ed solat kan.

And the next story is juga berkait dengan KEBERGANTUNGAN kita pada Allah. Masa nak seat untuk SPM dulu, ustaz pesan, niat betul-betul masa masuk exam hall, kalau tak boleh jawab, nak minta tolong dengan Allah, bukan dengan makhluk either pengawas peperiksaan atau kawan sebelah depan belakang. Yang ni sumpah gais, kalau dari awal kita dah set "eh japgi kalau tak tahu nak jawab aku nak angkat tangan tanya pengawas la", atau "eh japgi kalau tak tahu nak jawab nak tanya si fulan kat sebelah la", nescaya susah untuk kita minta tolong dengan Tuhan. Sebab dari awal kita tak bergantung dengan Dia. So makes sure in every practical things kita nak buat, niat betul2 lillah. Apa-apa jadi nanti aku nak minta tolong dengan Allah. Set.

So sebelum Ed sudahi entry kalini dengan peace, suka Ed highlightkan balik apa yang Ed dok merapu kat atas tu.
1. Allah itu Maha Mendengar. Hatta lintasan hati.
2. Kebergantungan kita pada Allah. Bukan pada makhluk.
3. Innamal a'maalu binniyat. Setiap amalan itu bermula dari niat. Lillah!.

Peace.

Ed Sassin 96.

No comments:

Post a Comment