Sunday 13 October 2019

Pengalaman menggunakan Socar

Assalamualaikum.
So this time punya entry Ed terdetik untuk share pasal pengalaman guna Socar. Socar ni ada kat lembah Klang dengan Penang ja tau. So ceritanya, awal November baru-baru ni kami nak buat day trip jalan2 KL tapi kami bertujuh semua takdak kereta. Haha. Jadi kami cari punya cari kereta sewa area Bukit Jalil ni semua tak available. Kalau belah2 Univeristi kat Bangi, Nilai tu banyak la. So, search punya search, rasa nak click dekat socar punya website. Dah click tapi tak tau apa benda la socar ni. Jadi, Ed Google la experience orang yang dah pernah pakai Socar ni.

Dah paham betul2 macam mana Socar functions, barulah Ed download kat Google Store. So dia senang je, masa nak start pakai apps tu, dia minta kita verify email, nombor telefon, nama sekian2. And dia ada juga minta kita upload gambar kita dengan lesen. Mula2 Ed ragu2 nak upload tapi sebab dah banyak review dekat blog2 dan dorang takde la pula cerita pasal gambar tu. So nak taknak memang kena upload sebab selagi kita tak upload, kita tak boleh book kereta. Nanti part Book Now kat apps tu tak keluar warna biru, means tak boleh guna lagi. Jadi nanti sape2 yang baru nak guna apps tu, upload je la gambar korang dengan lesen ya.

Dah settle part setting. Now kat apps tu nanti dia keluar ada maps tunjuk zone-zone socar. Kat atas tu kita boleh set nak book dari pukul berapa sampai pukul berapa. Socar ni boleh disewa by hours, days, or weeks. Haa nice kan! Lepastu boleh set nak kereta apa. Macam Ed haritu sebab pergi bertujuh so kena cari MPV la. Ed tak set pun kereta apa nak, just set all types of car sebab tahu MPV takkan banyak choices. So dah set masa, set kereta, nanti maps akan tunjuk zone mana je yang ada kereta available. Macam kitorang haritu, kena ambil kereta Toyota Rush kat parking lot Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Dah setel pilih kereta dan zone, then klik la Book Now tu. Nanti dia tunjuk bill berapa total kena bayar. Selalunya kalau yang first timer dia akan off RM50. Macam Ed haritu book dari pukul 11pagi sampai 10 malam (11jam), total sebenar RM158 kalau x silap, plus minus la, tu pun lepas dia off RM50 untuk first timer. Lepastu korang boleh pergi kat my promotion, download voucher yang sesuai dengan masa booking korang. Ada yang valid untuk 48hours keatas punya booking, ada yang valid untuk 24hours punya booking sekian2. Macam kami haritu pakai Friends Referral code where one of us si A ni invite one of us juga, si B untuk download apps socar. So kalau guna friend referral tu dapat off berapa berapa percents off your total bill. Kami dapat RM40 plus minus off masa tu. So total akhir bill kami RM114. So nanti divide 7, berapa hengget je sorang. Easy.

Pasal payment, korang ada 2 choices je, either nak bayar by credit card atau Grabpay. Okay, part ni mula2 Ed dah decide nak guna credit card ja, tapi tak boleh jalan, tak tau silap kat mana. Tapi lepas haritu, Ed ada tengok FAQ kat Socar, katanya kita kena call bank tu dulu untuk activate something, I'm not sure. Korang boleh go visit Socar punya website. Tapi Ed nak senang pakai Grabpay je la. So apa yang Ed buat ialah Ed topup Grabpay dulu. Tahu kan macam mana nak topup Grabpay? Macam Ed pakai Bank Islam. Masuk Grab punya apps 👉tekan wallet👉 topup with Bank Islam👉 login online banking👉 put amount kita nak topup, macam Ed topup RM120. Then done topup Grabpay. Kay, now Grabpay dah ada RM120. Nak bayar Socar, korang boleh choose payment. Set pay with Grabpay, then tekan continue, terus dia tarik RM114 dari wallet Grab Ed, and the booking is successful! Walla!

Okay, so hari kejadian nak pergi amik kereta, nanti kat apps tu kita boleh tengok location kereta tu park kat mana. So senang je la jumpa, like dia kat level berapa, pillars berapa sekian2. And sebelum on kereta, kena amik gambar dulu. Kena upload sekurang2nya 4 gambar which is depan, belakang, tepi kanan tepi kiri kereta. Lepastu boleh bagitahu terus condition kereta sebelum kita naik, ada scratch ke tak, dirty ke tak sekian2. Yang ni xpe, memang apps tu akan guide korang nak kena buat apa satu persatu. Kalau dah ada kat tempat kejadian baru paham.

Dah settle part amik gambar, dah boleh unlock kereta. Tekan je butang unlock kat phone tu. Sebab Socar ni pakai keyless punya system. Kalau korang pergi tempat takde line, jangan risau, boleh on Bluetooth. And the next part ni funny sikit. Haha. Kami tak tahu macam mana nak start kereta tu. Sampai youtube how to start Toyota Rush. Adoii. So nanti korang jangan noob macam Ed and friends tau. Meh nak bagitau. So what you have to do is, tekan break jangan lepas and tekan start button kat kereta tu sampai bunyi enjin. Tadaa!! Dah boleh gerak. Nanti kalau dah sampai destinasi, nak off pun kena tekan break and tekan stop button kat kereta ya. Jangan cari on off button kat phone, tak jumpa haha.

Last sekali untuk hantar balik kereta, korang kena pastikan minyak at least 50% ada masa korang hantar. Yang ni sebenarnya Ed pun tak sure, tapi most blogs tulis macam ni la. Kat website Socar ada kot. Tapi for better kami isi je sampai 50%, lagipun minyak boleh claim kan. No hal! And, kalau korang rasa tak sempat park kereta sebelum masa korang sepatutnya hantar, sila tekan extend booking kat phone apps tu. Kalau tak nanti kena penalty RM30 for the first hour and berapa ringgit entah for the next hour. Tapi kan, macam haritu la, kami sepatutnya hantar sebelum pukul 11malam. Tapi sebab sesat, so dah otw tu kami extand 10minit for RM2.82. Kalu extend 30minit, RM11 something i guess. Kami ingat sempat la sampai dalam masa kami extend tu. Tup2 11.20 baru kami park kereta. Pukul 11.10 tu ting ting masuk notification kena penalty RM30 for the first hour. And lepas dah park kereta kat tempat kita ambil tu, jangan lupa lock kereta dulu tau sebelum blah. Macam kami haritu dah masuk lift kat TBS lepastu apps tu kata sila lock kereta hahahaha terpaksa la naik semula tingkat 6, lock kereta and blah.

One more thing yang bestnya Socar ni, korang boleh isi minyak pakai kad fuel dorang ada letak kat sun visor kereta. Sebab total sewaan kereta tu memang dah include harga minyak tau. Tapi macam kami haritu, cari punya cari, tak jumpa pun fuel card tu, tapi kat apps ada butang fuel reimbursement. So kami yakin boleh claim balik. What happens that day is, dah isi minyak tu kami minta resit kat kaunter, lepas tu amik gambar resit tu kat sebelah roadtax kereta. Nanti boleh upload bila klik butang fuel reimbursement tu. In few days, ting ting masuk notification dapat balik RM30 kami pi isi minyak haritu. Nice kan?

Okay lah, so sebelum Ed sudahi entry kalini dengan peace, suka Ed highlightkan apa yang Ed dok merapu kat atas tu.

1. Download apps.
2. Setting. Put all details. Upload lesen.
3. Set masa, set zone, set kereta.
4. Tekan book now.
5. Choose payment with credit card or Grabpay.
6. Use promo. Kalau tak jumpa cari kat my promotion.
7. Continue.

Settel book.

1. Upload gambar sisi kanan kiri, depan dan belakang.
2. Unlock kereta.
3. On kereta. Tekan break jangan lepas and tekan button on.
4. Gerak.
5. Isi minyak pakai fuel card atau guna fuel reimbursement (jangan lupa resit).
6. Sampai destination, off kereta.

Settle pakai.

1. Park balik kereta ditempat ambil.
2. Upload gambar sisi kanan kiri, depan belakang. Selepas guna.
3. Lock kereta. (jangan lupa)

Peace.

Ed Sassin 96.

No comments:

Post a Comment